Sunday, May 16, 2010

Tips #3: Jangan lupa dan jangan lambat membayar bil kredit kad anda.

Lazimnya, pihak kredit kad anda akan menuntut penalti (atau faedah) untuk setiap pembayaran lewat kad kredit anda. Kadar faedah yang dikenakan adalah berbeza untuk setiap kad kredit, namun yang pasti, pembayaran penalti atau faedah ini pastinya merugikan anda. Tidak hairanlah jika semua pakar perancang kewangan seringkali mengingatkan anda untuk sentiasa membuat bayaran kad kredit anda tepat pada masanya.

Jika anda seorang yang mudah ingat untuk membuat pembayaran tersebut, baguslah. Namun jika anda mudah terlupa, atau mungkin pernah terlupa, anda perlu mencari jalan untuk sentiasa diingatkan membuat pembayaran kad kredit anda. Satu cara adalah dengan menggunakan fungsi ‘Reminder’ di http://www.myfinancex.com. Anda boleh membuat sehingga 15 ‘reminder’ yang akan emel kepada anda sebarang peringatan yang anda perlukan, pada bila-bila masa ianya diperlukan. Dengan menggunakan fungsi “reminder” di MyFinanceX, anda boleh set kan mesej apa yang perlu anda diingatkan, jumlah yang perlu dibayar, tarikh pembayaran yang perlu dibuat dan berapa hari sebelum tarikh ianya berlaku, anda ingin diingatkan tentang perkara tersebut. Di bawah adalah gambar contoh untuk membuat Reminder di MyFinancex.

Dapatkan akaun percuma anda di http://www.myfinancex.com sekarang dan buatlah ‘Reminders’ untuk mengingatkan anda perkara-perkara penting dalam urusan kewangan anda sekarang.

Tips #2: Sentiasa catitkan perbelanjaan harian anda

Sekiranya anda mengidamkan masa depan kewangan yang lebih baik, anda perlulah meluangkan masa beberapa minit setiap hari untuk mencatit perbelanjaan harian anda. Ini adalah langkah pertama untuk perancangan kewangan yang berkesan, dan ia adalah langkah yang amat penting. Mungkin pada mulanya ianya kelihatan sesuatu yang leceh, tapi sekiranya anda mendapat teknik yang betul untuk mencatit perbelanjaan harian anda, ianya akan berubah menjadi sesuatu yang anda ternanti-nanti untuk melakukannya tiap-tiap hari. MyFinanceX menyediakan anda ruang muka yang mudah berasaskan kalendar untuk merekod perbelanjaan harian anda. Hanya pilih tarikh anda membuat perbelanjaan tersebut, dan masukkan perbelanjaan anda. Anda boleh mengkategorikan perbelanjaan-perbelanjaan anda, supaya kelak anda boleh dengan mudah mengesan kemana perbelanjaan harian anda pergi.

Sekiranya anda tidak mempunyai akses ke komputer atau internet untuk merekod perbelanjaan anda, anda boleh menggunakan telefon bimbit anda untuk melayari web MyFinanceX Mobile. Hanya pergi ke http://www.myfinancex.com menggunakan telefon bimbit anda, dan anda akan di bawa ke web MyFinanceX Mobile, iaitu MyFinanceX versi telefon bimbit, yang telah dipermudahkan untuk dilayari dan digunakan menggunakan telefon bimbit anda.


Ruang muka di MyFinanceX untuk merekod perbelanjaan harian anda. Anda juga boleh meletakkan ‘diari perbelanjaan’ anda di bahagian ‘Notes for today’.

Friday, May 7, 2010

Tips #1: Membahagikan gaji menggunakan teknik sampul/balang duit untuk merancang kewangan

Ramai pakar-pakar kewangan menggalakkan anda menggunakan sistem sampul duit (atau kadang kala dipanggil balang duit) untuk merancang kewangan anda. Sistem ini secara asasnya ialah, anda perlu membahagikan gaji bulanan anda kepada beberapa sampul (atau balang), yang dimana setiap sampul tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sampul-sampul ini lazimnya terdiri dari:

1) Sampul untuk keperluan
2) Sampul untuk simpanan
3) Sampul untuk pelaburan
4) Sampul untuk hiburan/kehendak yang bukan keperluan
5) Sampul untuk pembelajaran
6) Sampul untuk sedekah/amal jariah

Anda perlulah dengan bijak untuk mengenal pasti berapa banyak dari gaji anda yang perlu dimasukkan ke dalam sampul ini setiap bulan. Setelah gaji anda diagihkan ke dalam sampul-sampul tersebut, anda tidak boleh membuat perbelanjaan yang melebihi duit yang terdapat di dalam sampul-sampul tersebut. Misalnya katakan gaji anda adalah sebanyak RM3,000 dan anda meletakkan 50% dari gaji anda (atau RM1500) ke dalam sampul keperluan, 20% dari gaji anda ke dalam sampul simpanan, 10% dari gaji anda ke dalam sampul pelaburan, 10% ke dalam sampul hiburan, 5% ke dalam sampul pembelajaran, dan 5% lagi ke dalam sampul untuk beramal jariah.

Jadi tiap-tiap bulan anda hanya boleh membelanjakan maksimum RM1500 sahaja untuk keperluan anda. Keperluan anda mungkin termasuk membayar pinjaman kereta, rumah, makan, minum dan keperluan-keperluan asas yang lain. Anda juga boleh membelanjakan 10% atau RM300 dari gaji anda tiap-tiap bulan untuk tujuan hiburan seperti membawa keluarga bercuti ke PD, melawat zoo, beli kereta kawalan jauh, dan sebagainya.

MyFinanceX menyediakan untuk anda sistem sampul ini secara online dan percuma (dlm MyFinanceX ianya dipanggil sistem money jar). Sistem sampul online ini adalah lebih selamat dan mudah untuk digunakan di mana-mana.

Rancang Kewangan Anda Secara Online di www.myfinancex.com

Mencari cara yang mudah dan efektik untuk merancang kewangan anda?
Silalah ke http://www.myfinancex.com. MyFinanceX menyediakan untuk anda satu sistem merancang kewangan yang sememangnya mudah, efektif dan percuma!