Ramai pakar-pakar kewangan menggalakkan anda menggunakan sistem sampul duit (atau kadang kala dipanggil balang duit) untuk merancang kewangan anda. Sistem ini secara asasnya ialah, anda perlu membahagikan gaji bulanan anda kepada beberapa sampul (atau balang), yang dimana setiap sampul tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sampul-sampul ini lazimnya terdiri dari:
1) Sampul untuk keperluan
2) Sampul untuk simpanan
3) Sampul untuk pelaburan
4) Sampul untuk hiburan/kehendak yang bukan keperluan
5) Sampul untuk pembelajaran
6) Sampul untuk sedekah/amal jariah
Anda perlulah dengan bijak untuk mengenal pasti berapa banyak dari gaji anda yang perlu dimasukkan ke dalam sampul ini setiap bulan. Setelah gaji anda diagihkan ke dalam sampul-sampul tersebut, anda tidak boleh membuat perbelanjaan yang melebihi duit yang terdapat di dalam sampul-sampul tersebut. Misalnya katakan gaji anda adalah sebanyak RM3,000 dan anda meletakkan 50% dari gaji anda (atau RM1500) ke dalam sampul keperluan, 20% dari gaji anda ke dalam sampul simpanan, 10% dari gaji anda ke dalam sampul pelaburan, 10% ke dalam sampul hiburan, 5% ke dalam sampul pembelajaran, dan 5% lagi ke dalam sampul untuk beramal jariah.
Jadi tiap-tiap bulan anda hanya boleh membelanjakan maksimum RM1500 sahaja untuk keperluan anda. Keperluan anda mungkin termasuk membayar pinjaman kereta, rumah, makan, minum dan keperluan-keperluan asas yang lain. Anda juga boleh membelanjakan 10% atau RM300 dari gaji anda tiap-tiap bulan untuk tujuan hiburan seperti membawa keluarga bercuti ke PD, melawat zoo, beli kereta kawalan jauh, dan sebagainya.
MyFinanceX menyediakan untuk anda sistem sampul ini secara online dan percuma (dlm MyFinanceX ianya dipanggil sistem money jar). Sistem sampul online ini adalah lebih selamat dan mudah untuk digunakan di mana-mana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment