Sekiranya anda mengidamkan masa depan kewangan yang lebih baik, anda perlulah meluangkan masa beberapa minit setiap hari untuk mencatit perbelanjaan harian anda. Ini adalah langkah pertama untuk perancangan kewangan yang berkesan, dan ia adalah langkah yang amat penting. Mungkin pada mulanya ianya kelihatan sesuatu yang leceh, tapi sekiranya anda mendapat teknik yang betul untuk mencatit perbelanjaan harian anda, ianya akan berubah menjadi sesuatu yang anda ternanti-nanti untuk melakukannya tiap-tiap hari. MyFinanceX menyediakan anda ruang muka yang mudah berasaskan kalendar untuk merekod perbelanjaan harian anda. Hanya pilih tarikh anda membuat perbelanjaan tersebut, dan masukkan perbelanjaan anda. Anda boleh mengkategorikan perbelanjaan-perbelanjaan anda, supaya kelak anda boleh dengan mudah mengesan kemana perbelanjaan harian anda pergi.
Sekiranya anda tidak mempunyai akses ke komputer atau internet untuk merekod perbelanjaan anda, anda boleh menggunakan telefon bimbit anda untuk melayari web MyFinanceX Mobile. Hanya pergi ke http://www.myfinancex.com menggunakan telefon bimbit anda, dan anda akan di bawa ke web MyFinanceX Mobile, iaitu MyFinanceX versi telefon bimbit, yang telah dipermudahkan untuk dilayari dan digunakan menggunakan telefon bimbit anda.

Ruang muka di MyFinanceX untuk merekod perbelanjaan harian anda. Anda juga boleh meletakkan ‘diari perbelanjaan’ anda di bahagian ‘Notes for today’.
No comments:
Post a Comment